Sunday 7 August 2011

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH





1. PERANAN GURU PRASEKOLAH

a)  Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.
  
b) Guru prasekolah memainkan peranan yang penting untuk memberi rangsangan bagi aktiviti kanak-kanak di kelas prasekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung.kanak-kanak akan mendapat berbagai-bagai pengalaman melalui aktiviti –aktiviti yang menarik yang di wujudkan dan dirangsang oleh guru.keberkesanan pendidikan dan suasana asuhan dan bimbingan dalam kelas adalah terletak kepada kebijaksanan,kreativiti dan daya usaha guru prasekolah sendiri.

c)  Untuk mewujudkan suasana riang dan mengembirakan,guru prasekolah perlu bersemangat,berminat,mesra dan pandai menarik perhatian kanak-kanak .

2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

a)Merancang

   1) Program dan Aktiviti

-        merancang program dan aktiviti prasekolah mengikut tahunan,bulanan,mingguan dan harian
-        merancang aktiviti asuhan daan bimbingan
-        merancang penggunaan peralatan di dalam dan luar bilik darjah
-        merancang aktiviti lain seperti lawatan,hari,kantin,sambutan hari jadi dan sebagainya.

2) Asuhan dan bimbingan

-        merancang susunan peralataan dalam bilik darjah mengikut sudut-sudut  tertentu
-        merancang penggunaan bagi proses asuhan dan bimbingan
-        merancang aktiviti asuhan dan bimbingan mengikut tahunan,bulanan,mingguaan dan harian
-        merancang aktiviti prasekolah yang lrbih ditumpukan kepada konsep ‘bermain sambil belajar’
-        meraancang strategi asuhan dan bimbingan dan penilaian kanak-kanak prasekolah

3) Jadual waktu

-        menyediakan jadual waktu ‘flexible’ bagi tempoh 3 ½ jam
-        merancang waktu-waktu yang sesuai mengikut aktiviti prasekolah

4) Peralatan

-        membuat senarai semak dan rekod peralatan bagi asuhan dan bimbingan,serta peralatan yang lain
-        memilih dan menyediakan peralatan atau bahan-bahan yang sesuai bagi aktiviti asuhan dan bimbingan
-        memeriksa dan membersih peralatan asuhan dan bimbingan dan daapur sebelum dan selepas digunakan
-        merancang untuk mendapatkan bahan-bahan yang terbuang yang disumbangkan oleh ibu bapa atau masyarakat




5) Menu  Makanan

-        menyediakan menu makan dan rekod bahan makanan dan minuman
-        menyediakan anggaran perbelanjaan mengikut tahunan, bulanan, mingguan dan harian
-        merancang pembelian bahan-bahan yang sudah diperolehi di kawasan sekitar

6) Keselamatan

-        merancang mengawasi keselamatan kanak-kanak sebelum, semasa dan  selepas waktu rasmi kelas prasekolah
-        menyelia, mengawasi dan menjaga keselamatan kanak-kanak
-        memastikan peralatan di dalam dan luar bilik darjah selamat dan tidak merbahaya digunakan

7) Peralatan

-        membuat senarai semak dan rekod peralatan bagi asuhan dan bimbingan serta peralatan yang lain
-        memilih dan menyediakan peralatan atau bahan-bahan yang sesuai bagi aktiviti asuhan dan bimbingan
-        memeriksa dan membersih peralatan sebelum dan selepas digunakan
-        mendapatkan bahan-bahan yang terbuang yang disumbangkan oleh ibu bapa atau masyarakat

8) Mesyuarat

-        merancang mesyuarat bulanan Jawatankuasa Prasekolah
-        merancang majlis orientasi dan pendedahan dengan ibu bapa dan guru-guru lain
-        menyimpan rekod / minit mesyuarat

b) Mengendali dan Mengurus

1) Pemilihan kanak-kanak

-Menyediakan format borang permohonan 
 prasekolah.
 -Mengedarkan borang permohonan
 -Mesyuarat Jawatankuasaa Pemilihan
  -Pemilihan kanak-kanak berdasarkan criteria 
   yang ditetapkan.





2) Profil kanak-kanak

-Mendaftar dan merekod profil kanak-kanak
-Mengemaskini dan menyimpan rekod profil kanak-kanak.
-Menghubungi ibu bapa berkaitan dengan profil dan perkembangan fizikal,
 sosio-emosi kanak-kanak.

3) Kewangan

-menyediakan anggaran perbelanjaan  
 tahunan, bulanan, mingguan dan harian
 kelas.
-membeli bahan makanan atau peralatan
 prasekolah dari masa ke se masa.
-mengumpul, merekod serta menyimpan 
 perbelanjaan kelas prasekolah
 seperti wang makan harian, sumbangan dan
 perbelanjaan yang lain.

4) Makanan

-membeli bahan-bahan makanan yang segar
 dan baru.
-memastikan makanan dan minuman kanak-
 kanak diberi mengikut jadual.
-memastikan penyediaan makanan mengikut
 menu yang disediakan.
-memastikan makanan yang disediakan /
 dihidangkan itu “seimbang”, bersih
 dan panas.
-memastikan alat-alat dapur dibersihkan dan
 disusun selepas digunakan.

5) Peralatan

-menyediakan inventori peralatan kelas.
-mengemaskini senarai stok peralatan dari
 masa ke semasa.
-memastikan peralatan dibersihkan sebelum
 digunakan.
   -memastikan peralatan yang telah digunakan
    disusun dan dibersihkan semula.
   -memastikan peralatan yang digunakan oleh
    kanak-kanak secara betul.
   -memastikan peralatan diberikan / digunakan 
    oleh kanak-kanak tidak membahayakan 
    mereka.







6) Keselamatan

-        memastikan kanak-kanak tidak meninggalkan kelas tanpa pengenthuan guru / pembantu guru.
-        Sentiasa mengawasi bilangan kanak-kanak sebelum atau selepas kelas prasekolah.
-        Membawa atau mengawasi kanak-kanak pergi ke tandas / bilik air.
-        Mengawasi keselamatan kanak-kanak  sebelum, semasa dan selepas waktu rasmi kelas prasekolah.
-        Mengawasi dan menyelia kanak-kanak semasa aktiviti prasekolah dijalankan.
-        Memastikan semua peralatan di dalam dan di luar bilik darjah tidak membahaya digunakan.

7) Kesihatan

-        memeriksa kesihatan badan kanak-kanak.
-        Merekod dan menyimpan  rekod kesihatan kanak-kanak.
-        Mengawasi kanak-kanak semasa menjalani rawatan perubatan atau pergigian sama ada di kawasan sekolah atau di klinik berkaitan.
-        Memastikan kanak-kanak diawasi atau dijaga semasa di “sick bay” jika mereka tidak sihat / deman sebelum dihantar pulang atau ke klinik.
-        Menghubungi ibu bapa berkaitan dengan kesihatan anak-anak mereka.


c)Membimbing dan Memimpin

1)    Asuhan dan bimbingan

-        menjalankan aktiviti asuhan dan bimbingan di dalam dan di luar bilik darjah.
-        Menimbulkan suasana asuhan dan bimbingan yang selesa dan menggembirakan.
-        Mewujudkan dan meningkatkan semangat ingin tahu, minat untuk menerokai dan menjelajah.
-        Meransang dan meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar / bersosialisasi.
-        Memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan bagi aktiviti asuhan dan bimbingan.
-        Memberi bantuan kepada kanak-kanak dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti harian supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
-        Membantu dan membimbing kanak-kanak cara membersihkan tangan, kaki serta menggunakan peralatan, kemudahan tandas dengan sempurna dan betul.

2)Aktiviti  dalam dan luar bilik darjah

-        mengawasi  kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti dalam dan luar  bilik darjah.
-        Mengawasi dan menjaga keselamatan kanak-kanak semasa mengadakan lawatan, acara sukan, hari ucapan, sambutan hari jadi dsb.
-        Memastikan semua kanak-kanak berinteraksi dan aktif semasa aktiviti dijalankan.

3) Pembantu Guru

-        membimbing dan menunjuk ajar pembantu guru dalam semua aktiviti asuhan dan bimbingan.
-        Membimbing pembantu guru menyediakan makanan yang seimbang, bersih dan panas.
-        Sentiasa berbincang dengan pembantu guru dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak dan kelas prasekolah.
-        Sentiasa memberi nasihat dan galakan kepada pembantu guru supaya mereka betul-betul berminat kepada tanggung jawab mereka.




d) Mengesan dan Menilai

1)   Tingkah laku kanak-kanak

-        sentiasa mendampingi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti prasekolah
-        memerhati kanak-kanak secara keseluruhan dan individu.
-        Berbual-bual atau bercerita dengan kanak-kanak serta bertanya kepada mereka mengenai perkara yang berkaitan dengan keluarga, kegemaran mereka atau persekitaran dsb.
-        Merekod perkembangan kanak-kanak mengikut aspek-aspek tertentu seperti fizikal, sosio-emosi, kognitif dsb.
-        Berbincang dengan ibu bapa mengenai pelbagai aspek perkembangan anak-anak mereka.

2)   Iklim Pembelajaran

-        mewujudkan suasana dan keadaan persekitaran kelas yang  menaarik minat dasn menggembirakan kanak-kanak.
-        Sediakan sudut-sudut tertentu untuk merangsang kreativiti dan ingin tahu kanak-kanak.
-        Sentiasa melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dijalankan.
-        Guru dan pembantu guru perlu bersama-sama melakukan sesuatu aktiviti, iaitu duduk sama duduk dsb.

3)   Perkembangan dan Kemajuan Kanak-kanak

-        sentiasa mewujudkan suasana yang riang dan menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif.
-        Merekod semua perkembangan kanak-kanak dan disimpan dalam rekod profil mereka.
-        Berbincang dengan ibu bapa mengenai perkembangan anak-anak mereka daan memberitahu mereka juga sebarang perkembangan yang luar biasa.
-        Seboleh-bolehnya memberi hadiah atau ganjaran terhadap sebarang perlakuan atau perkembangan yang mengalakkan atau direstui.
-        Rekod perkembangan kanak-kanak ini digalakkan diserahkan kepada guru tahun satu pada tahun berikutnya supaya mereka lebih memahami kanak-kanak berkenaan.



d) Pengantaraan

1) Ibu bapa dan masyarakat setempat

-        menjalinkan hubungaan yang erat antara pihak prasekolah dan ibu bapa.
-        Menghubungi ibu bapa bagi menjalankan sesuatu aktiviti yang memerlukan penglibatan mereka.
-        Menerangkan kemuskilan yang berkaitaaan dengan aktiviti prasekolah kepada ibu bapa.
-        Menjadi perantaraan antara guru besar dan ibu bapa berkaitan dengan anak-anak mereka.

2) Guru-guru lain

-        menjalin dan memberi pendedahan kepada 
    guru-guru lain mengenai pendidikan 
    prasekolah.
-        Berbincang dengan guru-guru lain mengenai 
    masalah dan perkembangan kanak-kanak 
    prasekolah.
-        Perantaraaaan antara kanak-kanak prasekolah 
    dengan guru-guru lain semasa sesuatu 
    sambutan atau majlis diadakan.



4)   Kanak-Kanak

-        menjadi orang perantaraan atau penghubung di antara Guru Prasekolah, guru-guru lain dan kanak-kanak.
-        Menjalin kemesraan di kalangan kanak-kanak prasekolah sendiri.
-        Pergaulan kanak-kanak prasekolah dengan murid-murid lain di sekolah tersebut.
-        Antara kanaak-kanak prasekolah dengan pihak-pihak berurusan dengan kelas praasekolah seperti  klinik perubatan atau pergigian dsb.

5)   Pembantu Guru

-        antara pembantu guru dengan guru besar dan guru-guru lain.
-        Dengan ibu bapa atau masyarakat setempat.
-        Dengan kanak-kanak prasekolah pada peringkat permulaan.
-        Dengan murid-murid sekolah tersebut

6)   Agensi-agensi lain

- Antara pihak sekolah, Guru Besar, guru-guru lain dan pembantu guru dengan agensi-agensi lain seperti KEMAS, JPN, PERPADUAN, ABIM dsb.








5 comments: