Sunday 7 August 2011

PRA 3114 : Kualiti Pendidik

Definisi Kualiti
-Kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu yang dipandang baik.
-Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya. Begitu juga dalam penawaran perkhidmatan. 
Ciri-ciri guru  profesional yang berkesan:
§Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
§Kaya ilmu.
§Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
§Bermoral teguh.
§Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
§Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
§Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
§Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
§Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  §Memastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.§Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.§Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. 
§Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu.)
§Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. 
§Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. 
§Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
 
 
Kualiti guru yang berkesan untuk  kanak-kanak.Di antara kriteria yang penting ialah oleh Feeney &Chun,1985, Katz, 1984 ialah : 
1.mudah didekati
2. peka
3. bertenaga
4. jenaka
5. fleksibel    dan 
6.sabar
 
Konsep Kualiti Dalam Kerja:
1.Memenuhi keperluan pelanggan setiap mas
2.Menghalang kecacatan daripada berlaku
3.Melalukan sesuatu dengan betul
4.Memberi tumpuan kepada penglibatan menyeluruh pekerja
5.Didorong oleh pelanggan (pelanggan dalaman dan luaran)
6.Menggalakkan kerja berpasukan   
 7.Mengamalkan komunikasi terbuka dan jujur.
8. Membuat keputusan berdasarkan fakta.
  9. Kemajuan berterusan atau sasaran bergerak




1 comment:

  1. Top Online Casino Sites in Canada | Lucky Club
    LuckyClub was launched in 2004 in Montreal, Canada. The brand operates a number of sports betting sites in luckyclub.live Canada. The company has been around since.

    ReplyDelete